SM Sayyidina Umar Al-Khattab dan SM Awang Semaun muncul juara

SM Sayyidina Umar Al-Khattab dan SM Awang Semaun muncul juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Sekolah Menengah (SM) Sayyidina Umar Al-Khattab dan SM Awang Semaun masing-masing menjuarai Kategori B dan C Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kawasan Zon 1 Negara Brunei Darussalam 2015.

Sementara itu dua pasukan dari SM Sultan Hassan, Bangar, Temburong menggondol kedua-dua pingat perak yang dipertandingkan selepas tewas kepada SM Sayyidina Umar Al-Khattab dalam Kategori B dan kepada SM Awang Semaun dalam Kategori C.

Pada kejohanan di Kompleks Sukan Sungai Asam, Kampung Sungai Kebun berkenaan, tempat ketiga Kategori B pula dimenangi SM Awang Semaun, manakala SM Sayyidina Umar Al-Khattab memenangi tempat ketiga Kategori C.

Tiga pasukan terbaik kedua-dua kategori bergambar ramai.
Tiga pasukan terbaik kedua-dua kategori bergambar ramai.