SM SMJA pohon keberkatan

SM SMJA pohon keberkatan

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA), pagi tadi, telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Izin Ilmu bagi para pelajar Tahun 8 dan 11 yang akan menduduki Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) dan GCE ‘O’ Level.

Lebih 400 orang pelajar, guru, ibu bapa dan penjaga telah menghadiri majlis yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah itu.

Majlis seumpama ini bertujuan untuk memohon keberkatan dan pertolongan Allah S.W.T agar para pelajar dipermudahkan dan dilapangkan hati ketika menduduki peperiksaan nanti, di samping dapat mengeretkan tali silaturahim antara pelajar dan guru-guru.

Atur cara majlis dimulakan dengan solat sunat Duha secara individu dan solat Hajat berjemaah, kemudian disusuli dengan bacaan doa peperiksaan serta Surah Yasin beramai-ramai.

Para murid dan guru SM SMJA serta ibu bapa menunaikan solat Hajat beramai-ramai bagi memohon keberkatan Allah S.W.T.
Para murid dan guru SM SMJA serta ibu bapa menunaikan solat Hajat beramai-ramai bagi memohon keberkatan Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA