SM Tanjong Maya atasi Maktab Sains 3-0

SM Tanjong Maya atasi Maktab Sains 3-0

Oleh Lyna Mohamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Sekolah Menengah (SM) Tanjong Maya muncul pemenang selepas menewaskan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan 3-0 dalam peringkat awal Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab 2016 yang diadakan di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saiffuddien, di sini, hari ini.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan itu disertai oleh lima pasukan lelaki dan empat pasukan perempuan di mana pasukan perempuan terdiri daripada Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, SM Tanjong Maya, SM Sayyidina Husain dan SM Sufri Bolkiah.

Sementara itu, pasukan lelaki disertai oleh pasukan SM Tanjong Maya, SM Sayyidina Husain, SM Muda Hashim, SM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah dan Maktab Sultan Omar ‘Ali Saiffuddien yang menjadi hos kejohanan itu tahun ini.

Kejohanan itu telah bermula sejak 20 September lalu dan akan berakhir pada 27 September ini bagi merebut piala kejohanan.