SM YSHHB lancar aplikasi Skoolbag

SM YSHHB lancar aplikasi Skoolbag

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB), hari ini, telah melancarkan aplikasi dinamakan sebagai Skoolbag yang bertujuan untuk memberi maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti sekolah berkenaan.

Pelancaran aplikasi berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Haji Brahim bin Haji Ismail selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Turut hadir ialah para pelajar dan guru-guru SM YSHHB, ibu bapa serta para jemputan khas lain. Pengetua Sekolah SM YSHHB, Dayang Chong Li Chen berkata, sekolah berkenaan akan menjadi Sekolah Pintar dan menumpukan ke arah ICT dalam bidang pembelajaran dan pengurusannya.

Menurutnya, Skoolbag merupakan salah satu inisiatif sekolah Yayasan dan pengurusan untuk memastikan platform penubuhan perhubungan di antara guru, pelajar, ibu bapa dan orang ramai.

Aplikasi telefon pintar ini, jelasnya, menyediakan pelbagai informasi yang berguna untuk para guru, pelajar dan juga ibu bapa. Ia menyediakan maklumat mengenai semua aktiviti sekolah, berita terbaru, borang elektronik, informasi peraturan sekolah dan banyak lagi.

Haji Brahim yang hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Haji Brahim yang hadir selaku tetamu kehormat majlis.
Antara pelajar SM YSHHB yang hadir pada majlis berkenaan.
Antara pelajar SM YSHHB yang hadir pada majlis berkenaan.

Dengan menggunakan aplikasi ini, pihak sekolah berharap kesemua pihak yang berkepentingan sentiasa mendapat berita terkini mengenai perkembangan sekolah dan setakat ini, aplikasi berkenaan adalah amat penting bagi semua pihak, ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan harapan dengan aplikasi ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa, di samping meningkatkan kerjasama dengan mudah, efisien, efektif, dan profesional.

Para ibu bapa dan orang ramai boleh memuat turun aplikasi berkenaan secara percuma menerusi Apple Store

Pada majlis pelancaran itu, Guru Kanan SM YSHHB, Awang Hidayatalah Wawiyuddin bin Haji Mohiddin turut menyampaikan taklimat menerangkan lebih lanjut mengenai aplikasi berkenaan termasuk tentang cara-cara memuat turun, dan kegunaannya.

ARTIKEL YANG SAMA