SMALHB A johan debat Bahasa Arab

SMALHB A johan debat Bahasa Arab

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) A muncul johan dalam Peraduan Debat Bahasa Arab bagi Sekolah-sekolah Arab kali ke-3 2016 yang diadakan di Dewan Serba guna, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, di ibu negara, pagi ini.

Peraduan peringkat akhir itu menyaksikan perdebatan di antara SMAHLB A dan SMALHB B dengan tajuk perbahasan dalam Bahasa Arab iaitu ‘Media, TV dan Radio – Sebab-sebab Keruntuhan Akhlak Belia’.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah (Profesional), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Norjarah binti Haji Luidin.

Sementara itu, Awang Abdul Qayyum bin Haji Isa dari SMALHB A pula muncul sebagai pendebat terbaik.

Wakil pasukan dari Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah A menerima hadiah juara daripada Hajah Norjarah.
Wakil pasukan dari Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah A menerima hadiah juara daripada Hajah Norjarah.
Pasukan debat Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah A menyampaikan hujah mereka.
Pasukan debat Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah A menyampaikan hujah mereka.

Sebanyak lapan pasukan menyertai peraduan tersebut tahun ini terdiri daripada SMALHB, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD), Ma’had Islam Brunei dan Sekolah Arab Sungai Akar.

Peraduan tersebut merupakan kegiatan tahunan JPI, KHEU yang bertujuan bagi meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran bertutur, mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, di samping mampu menyampaikan hujah dengan kritis dan analitikal dari peringkat menengah rendah ke menengah atas.

ARTIKEL YANG SAMA