SMALHB lantik majlis pelajar baru

SMALHB lantik majlis pelajar baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Sekolah Menengah Arab laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) baru-baru ini membubarkan Majlis Pelajar Sesi 2014/2015 dan melantik Majlis Pelajar dan Raid-Raidah (Prefek) baru sesi 2015/2016 yang diadakan di Dewan Al-Azkiyaa’ sekolah berkenaan.

Menyaksikan pelantikan dan penyerahan tugas kepada majlis pelajar baru ialah Pemangku Pengetua Sekolah SMALHB, Hajah Norjainah binti Haji Buntar. Turut hadir ialah timbalan pengetua pentadbiran dan akademik serta para pegawai, guru dan pelajar sekolah berkenaan.

Hajah Norjainah dalam ucapan ringkasnya merakamkan tahniah kepada majlis pelajar yang baru dilantik dan berharap mereka dapat menggalas tugas yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan pihak sekolah kepada mereka. Beliau turut menekankan bahawa pemimpin majlis pelajar itu merupakan pemangkin generasi akan datang yang boleh merealisasikan hasrat negara menjadi Negara Zikir.

Beliau juga menyeru ahli Majlis Pelajar yang baru dilantik agar menjadi contoh kepada pelajar lain dalam tingkah laku dan pertuturan yang baik, bersikap luhur dan sesuai dengan kehendak syarak.

Majlis Pelajar sesi 2015/2016 bergambar ramai bersama Pemangku Pengetua dan Guru Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Majlis Pelajar sesi 2015/2016 bergambar ramai bersama Pemangku Pengetua dan Guru Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Majlis Pelajar sesi 2015/2016 membaca ikrar diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Pelajar 2015/2016 Mohd Rohaidi.
Majlis Pelajar sesi 2015/2016 membaca ikrar diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Pelajar 2015/2016 Mohd Rohaidi.

Seramai 35 orang pelajar telah terpilih menjawat jawatan dalam Majlis Pelajar 2015/2016 dan 16 lagi dipilih sebagai raid dan raidah sekolah yang baru.

Majlis juga menyaksikan penyerahan tugas daripada Ketua Majlis Pelajar 2014/2015, Awang Abdul Muhaimin bin Dr Haji Serbini kepada Ketua Majlis Pelajar sesi 2015/2016, Awang Mohd Rohaidi bin Johaidi. Ia diikuti dengan bacaan ikrar ahli Majlis Pelajar baru dan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Ketua Badan Agama dan Akhlak Sesi 2015/2016, Haji Mohd Wa’ez bin Haji Ramli.

ARTIKEL YANG SAMA