SMALHB menang pertandingan debat

SMALHB menang pertandingan debat

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Aziz Idris

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Pasukan Debat Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) A diumumkan sebagai johan apabila berjaya menewaskan pasukan B Sekolah Ugama Arab Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Damit dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab anjuran Jabatan Pengajian Islam di Dewan SMALHB hari ini.

Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Pemangku Penolong Pengarah (Institusi Pengajian) Jabatan Pengajian Islam, Haji Shamsol bin Haji Omar yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Menurut penganjur objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran bertutur dan sekali gus melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

Pasukan Debat SMALHB A diumumkan sebagai juara Pertandingan Debat Bahasa Arab tahun ini.
Pasukan Debat SMALHB A diumumkan sebagai juara Pertandingan Debat Bahasa Arab tahun ini.

Selain itu, melalui pertandingan seperti ini juga dihasratkan akan melahirkan pelajar yang mampu menyampaikan hujah secara kritis dan analitis dan memupuk budaya debat dalam kalangan pelajar sekolah-sekolah Arab serta merangsang pelajar untuk berdaya saing secara sihat antara berkumpulan.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan pertandingan debat sebelum persembahan oleh SMALHB dan penyampaian hadiah oleh tetamu kehormat sebelum ditutup dengan doa selamat.

ARTIKEL YANG SAMA