SMALHB turut semarakkan Ramadan

SMALHB turut semarakkan Ramadan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

SEKOLAH Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dalam menyemarakkan suasana tadarus Al-Quran di bulan Ramadan baru-baru ini telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat dan Khatam Al-Quran di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah.

Majlis khatam Al-Quran itu melibatkan seramai 385 pelajar Pra U1, Pra U2 dan 70 pegawai dan guru sekolah berkenaan.

Terdahulu sebelum majlis Khatam Al-Quran, sembahyang Sunat Hajat berjemaah diimamkan oleh tenaga pengajar SMALHB, Awang El Sayed Mohamed Abdel Kader Zaghloul manakala bacaan doa khatam dibacakan oleh Ketua Badan Agama dan Akhlak SMALHB, Haji Muhd Wa’ez bin Haji Ramlee.

Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan membabitkan sembilan anak yatim dan 14 orang pelajar kurang berkemampuan di sekolah berkenaan.

Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh, Awang Naim bin Haji Kamis menyempurnakan majlis penyampaian derma tersebut.

Salah seorang anak yatim dan kurang berkemampuan menerima derma yang disampaikan oleh Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh, Awang Naim.
Salah seorang anak yatim dan kurang berkemampuan menerima derma yang disampaikan oleh Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh, Awang Naim.

ARTIKEL YANG SAMA