Smalling tiga terbaik di dunia?

Smalling tiga terbaik di dunia?

MANCHESTER, 28 Okt (Reuters) – Pertahanan Manchester United, Chris Smalling dilabel oleh Wayne Rooney sebagai satu daripada ‘tiga pertahanan tengah terbaik dunia’.

Smalling, yang lahir daripada pemain simpanan kepada pemain utama di bawah Louis van Gaal sejak 18 bulan lalu, menikmati detik terbaiknya di Old Trafford dan beraksi dalam semua perlawanan United musim ini.

“Dia menakjubkan dan bagi saya, dia berada di kelas dunia bagi pertahanan tengah,” kata Rooney dalam laman web kelab itu, (www.manutd.com).

“Dia berada di antara tiga pemain pertahanan tengah terbaik di dunia, saya fikir dia sebagus itu. Dia pemain yang hebat dan dia sedang meningkat untuk menjadi sebagai ketua di bahagian pertahanan.

“Hebat untuk melihat pemain dari United dan England dan berharap ia akan berterusan untuknya supaya dia dalam membantu kami mencapai kejayaan.”

Pujian daripada kapten England itu hadir selepas Van Gaal berkata Smalling satu hari nanti berpotensi menjadi kapten di Man United.

Bagi Smalling, 25, pengaruh daripada pengurus Man United itu menjadi kunci kepada peningkatan prestasinya.

“Apabila kami mendengar pujian yang amat bagus, terutama daripada Wazza (Rooney) dan pengurus, kamu hanya mahu menunjukkan kepada mereka ia bukan sekadar kata-kata yang tidak bermakna,” kata Smalling.

“Apabila dia menunjukkan kepercayaan, saya hanya mahu membayarnya dan melakukan sebaik yang saya mampu. Namun ya, dia memberikan saya pujian,” katanya.