SMARTER promosi barangan buatan pelajar

SMARTER promosi barangan buatan pelajar

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 6 Dis – SMARTER menyasarkan sekurang-kurangnya $5,000 dapat dikutip hasil daripada jualan amal yang diadakan di kawasan Taman Persiaran Jalan Sungai di sini, hari ini, bagi menambahkan dana pusat tersebut.

Aktiviti jualan tersebut, yang bermula daripada pukul 9 pagi hingga 7 malam, merupakan kali kedua diadakan selepas yang pertama pada bulan Oktober lalu, di Kelab Tenis Daerah Brunei -Muara di mana mereka berjaya mengutip sejumlah $15,000 hasil jualan.

President SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman memberitahu, akitiviti jualan amal tersebut melibatkan penyertaan ibu bapa pelajar-pelajar pusat tersebut dan barangan yang dijual adalah sumbangan daripada orang ramai yang mana kesemua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam dana SMARTER.

Di samping barangan sumbangan, mereka turut mempromosikan produk buatan pelajar-pelajar pusat tersebut iaitu biskut, yang dibungkus dalam barangan kitar semula seperti botol plastik. Biskut berkenaan juga sudah menjadi produk tempahan pusat itu, yang boleh menghasilkan sejumlah 1,000 biji biskut sehari, serta produk kraf tangan yang diperbuat daripada barangan kitar semula pada harga yang berpatutan.

Jualan amal itu juga akan terus diadakan pada penghujung bulan Januari depan di Daerah Brunei Muara.

Berbagai barangan terpakai boleh didapati dalam jualan amal SMARTER.
Berbagai barangan terpakai boleh didapati dalam jualan amal SMARTER.
Turut dipromosikan ialah produk buatan pelajar-pelajar SMARTER.
Turut dipromosikan ialah produk buatan pelajar-pelajar SMARTER.

ARTIKEL YANG SAMA