SMB raikan pelajar cemerlang

SMB raikan pelajar cemerlang

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Dalam usaha untuk memberikan penghargaan kepada para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka, Sekolah Menengah Berakas (SMB) telah mengadakan Majlis Penganugerahan Penuntut Cemerlang Akademik Tahun 7 hingga 10 bagi Tahun 2016 yang berlangsung di Dewan Anggerek, sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil ialah Pengetua SMB, Awang Abdullah bin Awang Ismail.

Beliau dalam ucapannya berkata, majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan pelajar di samping memberikan penghargaan kepada para pelajar yang mempunyai 100 peratus kedatangan bermula Januari sehingga bulan November.

Awang Abdullah semasa menyempurnakan penyampaian hadiah kepada salah seorang penerima.
Awang Abdullah semasa menyempurnakan penyampaian hadiah kepada salah seorang penerima.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan harapan agar kejayaan yang diraih oleh para pelajar berkenaan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain dan bagi pelajar yang diraikan diharap akan terus berusaha untuk meraih kecemerlangan di peringkat seterusnya di masa akan datang.

Majlis menyaksikan tetamu kehormat majlis menyempurnakan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar yang mencapai 100 peratus kedatangan dan turut diserikan lagi dengan persembahan tausyeh dan koir oleh pelajar di sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA