Smith tinggalkan Sauber

Smith tinggalkan Sauber

HINWIL, Switzerland, 15 Mac (Reuters) – Pengarah teknikal, Mark Smith meninggalkan pasukan Sauber menjelang musim baru yang bermula di Australia minggu ini, kata pasukan Formula Satu yang berpangkalan di Switzerland semalam.

Pengarah teknikal dari Britain itu menyertai Sauber pada Julai lalu selepas berada bersama pasukan Caterham yang sudah berkubur, Force India, Red Bull dan Jordan.

Sauber berkata dalam kenyataan bahawa Smith “memutuskan untuk kembali ke UK bagi alasan keluarga”.

Pembukaan Grand Prix adalah rekod musim perlumbaan ke-21 di Melbourne pada Ahad ini.

Sauber bergelut dengan masalah kewangan dan adalah salah sebuah dari tiga pasukan yang membayar terlebih dahulu bagi keuntungan 2016 mereka dari pemegang hak komersial pada akhir tahun lepas untuk mengukuhkan kedudukan mereka sepanjang musim sejuk Eropah.

Di samping itu, tabloid Switzerland, Blick, melaporkan bulan ini bahawa Sauber merupakan orang yang bertanggungjawab di sebalik pembayaran gaji bulan Februari mereka kepada lebih dari 300 kakitangan di kilang Hinwil kerana masalah kewangan.

Pasukan itu adalah pasukan yang tidak memiliki kereta baru pada ujian pra musim pertama di Sepanyol bulan lalu, yang menyalahkan ke atas perubahan lewat dalam kalendar perlumbaan selepas jadual dibuat.

ARTIKEL YANG SAMA