SMPDSM adakan majlis perjumpaan ibu bapa, guru

SMPDSM adakan majlis perjumpaan ibu bapa, guru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri, baru-baru ini telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru bagi para pelajar Tahun 11 yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.

Guru Besar SMPDSM, Dayangku Nor Hasima binti Pengiran Haji Hassan semasa menyampaikan ucapannya, melahirkan perasaan gembira dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas kehadiran para ibu bapa dan penjaga pelajar semasa sesi perjumpaan itu.

Menurutnya lagi, 27.4 peratus pelajar Tahun 11 telah berjaya mendapat keputusan lima kredit ke atas bagi Peperiksaan ‘O’ Level mereka yang mana peratus ini meningkat sebanyak 3.78 peratus berbanding tahun 2014.

Para pelajar dan ibu bapa semasa sesi perjumpaan bersama guru-guru mereka.
Para pelajar dan ibu bapa semasa sesi perjumpaan bersama guru-guru mereka.

Beliau berharap keputusan ini akan semakin meningkat pada masa akan datang dan agar para pelajar akan sentiasa fokus serta komited dalam pembelajaran mereka. Di samping itu juga, kerjasama di antara guru, ibu bapa dan para penjaga amatlah penting untuk membantu para pelajar untuk meraih kejayaan mereka.

Majlis ini juga bertujuan untuk membincangkan keputusan peperiksaan para pelajar, di samping itu, memberi peluang kepada ibu bapa untuk bersua muka dengan guru-guru yang mengajar anak mereka dan mengambil tahu akan perkara-perkara yang perlu diperbaiki dan diperkembangkan untuk para pelajar meraih kejayaan.

ARTIKEL YANG SAMA