SMPDSM anjur acara walkaton

SMPDSM anjur acara walkaton

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri, baru-baru ini, telah menganjurkan acara walkaton yang julung-julung kalinya oleh persatuan berkenaan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pelajar, guru dan ibu bapa.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di mini stadium sekolah berkenaan ialah Ketua Kampung Zon 1, Skim Perumahan Negara Kampung Mentiri, Pengiran Haji Aliuddin bin Pengiran Haji Damit.

Turut hadir ialah Guru Besar SMPDSM, Hajah Norhasima binti Pengiran Haji Hassan.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMPDSM.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMPDSM.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik sebelum diteruskan dengan acara walkaton yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori 5 kilometer bagi peserta lelaki dan 2.5 kilometer bagi peserta perempuan di sekitar kawasan perumahan Mentiri.

Acara dimeriahkan lagi dengan sukan ria bagi ibu bapa, pelajar dan guru-guru SMPDSM dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

 

ARTIKEL YANG SAMA