SMR anjur taklimat Pra Sekolah

SMR anjur taklimat Pra Sekolah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Sebagai usaha untuk memberikan penerangan kepada ibu bapa mengenai keperluan persekolahan anak-anak mereka terutamanya bagi yang akan memulakan alam persekolahan, Sekolah Rendah Rimba, Kluster 4 telah mengadakan Taklimat Pra Sekolah yang berlangsung di Dewan Perpaduan, Sekolah Rendah Rimba, kelmarin.

Taklimat itu dihasratkan untuk memberikan penerangan kepada ibu bapa bagi memastikan bahawa anak-anak mereka bersedia untuk menempuh hari persekolahan pada 2017.

Di samping itu, ia diharap dapat memberikan maklumat kepada ibu bapa supaya dapat membuat persediaan bagi keperluan sekolah anak mereka.

Guru-guru memberikan penerangan semasa sesi taklimat berkenaan.
Guru-guru memberikan penerangan semasa sesi taklimat berkenaan.

Semasa taklimat itu, peraturan sekolah turut disentuh bagi mendisiplinkan anak-anak mereka supaya akan mematuhi peraturan sekolah dan mematuhi waktu sesi pembelajaran mengikut waktu yang ditetapkan.

Tidak ketinggalan juga, taklimat turut menyentuh mengenai kaedah pengajaran yang digunakan berdasarkan kepada Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN 21) iaitu penggunaan bahasa dan pengajaran fonetik khususnya bagi pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris.

Sesi orientasi dan suai kenal murid-murid akan diadakan selama dua hari, bermula 9 Januari 2017.

ARTIKEL YANG SAMA