SMR II menang piala pusingan Spelling Bee

SMR II menang piala pusingan Spelling Bee

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 23 Nov – Pelajar Sekolah Menengah Rimba (SMR) II telah memenangi Piala Pusingan dalam Pertandingan ‘Spelling Bee’ antara Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Tutong dan Sekolah-Sekolah Menengah Jemputan ke-8 yang diadakan di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS), Tutong, pagi tadi.

Pertandingan berkenaan telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu bagi Tahun 7 dan Tahun 9, yang mana bagi kategori Tahun 7, Dayang Misha Melissa binti Morsidi dari SMR II muncul juara dan Teo Kai Lee dari SM Sufri Bolkiah Tutong selaku naib juara.

Manakala itu, Dayang Nurhayati binti Mohd Yusof juga dari SMR II pula telah menjuarai kategori Tahun 9 dan Sharon Law Tze Shan dari SM Sufri Bolkiah Tutong muncul sebagai naib juara.

Hadiah-hadiah dan sijil penyertaan telah pun disampaikan oleh Pengurus Program Pendidikan CfBT, Jennyfer Townsend.

Antara yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.
Antara yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.
Beberapa orang pelajar ketika menyertai pertandingan tersebut.
Beberapa orang pelajar ketika menyertai pertandingan tersebut.
SMR II memenangi Piala Pusingan Pertandingan Spelling Bee kali Ke-8.
SMR II memenangi Piala Pusingan Pertandingan Spelling Bee kali Ke-8.

Sebanyak 12 buah sekolah menengah menyertai pertandingan tersebut, iaitu SM RIPAS, SM Muda Hashim, SM Sayyidina Othman, SM Tanjong Maya, SM Sayyidina Hassan, SM Masin, SMR, SMR II, SM Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri, SM Sharif Ali, SM Sufri Bolkiah dan Sekolah Sukan.

Setiap sekolah menampilkan tiga wakil pelajar Tahun 7 dan tiga wakil pelajar Tahun 9. Secara keseluruhannya, seramai 36 orang peserta dari Tahun 7 dan 36 peserta lagi dari Tahun 9 menyertai pertandingan tersebut.

Sebelum pertandingan dimulakan, maklumat mengenai peraturan diterangkan kepada peserta yang mana semua perkataan yang digunakan dalam pertandingan itu diambil daripada buku teks dalam sukatan pelajaran.

ARTIKEL YANG SAMA