SMS Brunei Prihatin bantu anak yatim dilancar

SMS Brunei Prihatin bantu anak yatim dilancar

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Bagi meningkatkan rasa pemedulian dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat dan mempelbagaikan mekanisme kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan terhadap golongan yang kurang bernasib baik khususnya anak-anak yatim, SMS Brunei Prihatin bagi Dana Pengiran Mudah Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) Tahun 2016-2017 dilancarkan hari ini.

Pelancaran juga diselajurkan dengan Penyampaian Sumbangan DANA dalam Bentuk Kupon untuk Pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan Anak-anak Yatim DANA bagi tahun 2017 yang diadakan di dewan serba guna Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara.

SMS Brunei Prihatin itu dilancarkan oleh tetamu kehormat majlis, Menteri Pendidikan yang juga selaku Pengerusi Pemegang Amanah DANA, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

ARTIKEL YANG SAMA