SMS Brunei Prihatin dilancar

SMS Brunei Prihatin dilancar

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Bagi memudahkan orang ramai untuk menghulurkan derma kepada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan, perkhidmatan SMS Brunei Prihatin bagi tabung berkenaan telah dilancarkan hari ini yang akan berakhir pada 25 Julai 2015.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah di majlis yang berlangsung di Dewan Digadong, KKBS, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

SMS Brunei Prihatin merupakan projek tahunan yang diungkayahkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Radio Televisyen Brunei, DST dan Progresif Cellular Sdn Bhd.

Projek ini bermula pada tahun 2005 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai dengan semua kutipan yang diterima disumbangkan kepada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan.

Tetamu kehormat melancarkan SMS Prihatin bagi Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan.
Tetamu kehormat melancarkan SMS Prihatin bagi Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan.
Tetamu kehormat menghantar derma melalui SMS kepada DST dan PCSB.
Tetamu kehormat menghantar derma melalui SMS kepada DST dan PCSB.
Antara jemputan yang hadir di majlis pelancaran itu, kelmarin.
Antara jemputan yang hadir di majlis pelancaran itu, kelmarin.

Sehubungan dengan itu, diharap dengan pelancaran ini akan memudahkan orang ramai untuk menghulurkan derma bagi membantu mereka yang memerlukan selain mendapat keredaan daripada Allah SWT.

Orang ramai yang berhasrat untuk menderma menerusi SMS hanya perlu menaip YATIM (tanpa jarak) diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu 1,5,10,15 atau 20, sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar ke talian 38111 bagi pelanggan DST dan Progrsif Cellular Sdn Bhd.

Pada tahun lalu, SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah berjaya mengutip sejumlah $116,000.

ARTIKEL YANG SAMA