SMS Tabung Dana Masjid dilancar

SMS Tabung Dana Masjid dilancar

Yang Berhormat Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa melancarkan Perkhidmatan SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam tahun 1437H/2016M.
Yang Berhormat Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa melancarkan Perkhidmatan SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam tahun 1437H/2016M.

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Perkhidmatan SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam tahun 1437H/2016M dilancarkan hari ini untuk selama 45 hari sehingga 16 Julai 2016.

Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama di sini.

Sehubungan itu, orang ramai bolehlah menyumbang ke tabung dana tersebut melalui perkhidmatan SMS dengan menaip MASJID dengan diikuti dengan 1 atau 5 atau 10 atau 20 tanpa jarak dan hantar ke talian 38111 bagi pengguna DST dan Progresif.

Juga hadir semasa pelancaran perkhidmatan SMS Tabung Dana ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusuf dan Pengurus Perhubungan Kerajaan Progresif Cellular Sdn Bhd, Dayang Normah binti Ahmad.

Penubuhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam adalah dihasratkan menjadi wadah kekal bagi orang-orang Islam untuk menabung pahala melalui membina masjid, sekali gus sebagai satu peluang keemasan untuk bertanam saham di akhirat.

Pelancaran dan tempoh kutipan Perkhidmatan SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid kali ini adalah bertepatan dengan ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak.

Ia akan dapat memberikan peluang kepada umat Islam di negara ini untuk membelanjakan harta yang dimilikinya dengan niat sebagai ibadah dan melipatgandakan amal kebajikan mereka semata-mata bagi meraih ganjaran pahala yang di janjikan Allah S.W.T kepada orang-orang yang membina masjid.

Sehingga Mei lalu, secara keseluruhannya sebanyak $2,600,633.12 telah berjaya dikutip bagi tabung dana pembinaan masjid negara ini.

 

ARTIKEL YANG SAMA