SMSA uji tindak balas kecemasan

SMSA uji tindak balas kecemasan

KUALA BELAIT – Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA), Kuala Belait, baru-baru ini, telah melaksanakan latihan kebakaran sebagai usahanya untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan sekuriti warganya.

Latihan berkenaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kokurikulum (CCA), dipimpin oleh Ketua Jabatan berkenaan, Awang Khairul Salleh bin Haji Bolhassan, diadakan untuk menguji tindak balas kecemasan dan prosedur pemindahan dalam senario kejadian kebakaran atau insiden-insiden besar lain.

Ini bagi memastikan setiap warga sekolah mengetahui laluan paling selamat dan dekat bagi pemindahan serta mengetahui tempat perhimpunan yang telah ditetapkan jika berlakunya kejadian kebakaran atau insiden seumpamanya, menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak sekolah berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, semasa latihan pada sebelah pagi itu, para pelajar berbaris di luar bangunan sekolah mengikut kelas-kelas dengan guru masing-masing sebaik sahaja penggera kebakaran diaktifkan dan dikumpulkan di beberapa tempat perhimpunan jauh dari bangunan, seperti padang futsal dan kawasan letak kereta. Mereka yang terlibat ialah para pelajar Tahun 7 hingga 10 dan Pra U1, termasuk semua guru dan kakitangan sekolah serta peniaga-peniaga kantin.

ARTIKEL YANG SAMA