SMSAB juarai Ekspedisi ‘Amazing Career’

SMSAB juarai Ekspedisi ‘Amazing Career’

BANDAR SERI BEGAWAN – Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, selaku tuan rumah, telah melaksanakan pertandingan Ekspedisi ‘Amazing Career’ bagi Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab Kluster 3. Aktiviti ini dirancang bertujuan untuk membantu para pelajar mendapatkan pendedahan awal tentang bidang-bidang pekerjaan yang terdapat dalam pasaran.

Selain itu ia juga bertujuan untuk mendukung hasrat Negara Brunei Darussalam untuk dikenali dunia menjelang tahun 2035 dengan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti dan ekonomi yang dinamik serta berdaya saing dengan pendekatan yang lebih efektif iaitu melalui aktiviti yang menyeronokkan.

Pada masa yang sama, melalui aktiviti ini diharapkan penuntut-penuntut sekolah-sekolah dan maktab Kluster 3 akan dapat mengenali Bank Islam Brunei Berhad (BIBD) secara lebih dekat lagi bermula daripada produk-produk yang ditawarkan hingga peluang pekerjaan yang boleh diceburi di bank berkenaan melalui jerayawara dan pameran dari pihak BIBD.

Selain dari itu, pihak sekolah juga beruntung kerana Managemant and Science University (MSU) Malaysia menawarkan bagi memberikan taklimat serta kongsisama mengenai peluang pendidikan di universiti berkenaan.

Sesi bergambar ramai para pemenang dan peserta ekspedisi bersama tetamu kehormat.
Sesi bergambar ramai para pemenang dan peserta ekspedisi bersama tetamu kehormat.

Pertandingan Ekspedisi ‘Amazing Careers’ ini telah dijuarai oleh Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, naib juara pula disandang oleh Sekolah Menengah PAP Hajah Masna, dan Sekolah Menengah Berakas berada di tempat ketiga. Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Menengah Lambak Kiri dan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab masing-masing telah menerima hadiah saguhati.

Pengetua-pengetua sekolah peserta juga dijemput bagi menghadiri hadir dan tetamu kehormat bagi pertandingan ini, ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Hajah Jeriah binti Haji Duraman, telah menyampaikan sijil-sijil dan hadiah kepada para pemenang dan peserta ekspedisi.

Sementara itu, sijil-sijil dan cenderahati bagi hakim-hakim jemputan, wakil BIBD dan wakil Management and Science University telah disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sia Ai Chin.

ARTIKEL YANG SAMA