SMSHBT terima kunjungan SM Bedok View Singapura

SMSHBT terima kunjungan SM Bedok View Singapura

Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

 

BANGAR – Seramai lima orang guru dan 35 orang penuntut tahun 8 Sekolah Menengah Bedok View Singapura telah membuat kunjungan muhibah ke Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai oleh Dayang Mardiyana binti Rosli selaku guru pengawas dialu-alukan oleh pengetua sekolah tersebut, Awang Abdul Wafi bin Abdullah Sia, bersama warga sekolah yang lain.

Para rombongan telah dibawa melawat di sekitar sekolah, menyaksikan tarian tradisional, permainan tradisi pasang, menikmati makanan tradisi Brunei, ‘ambuyat’, dan mengadakan perlawanan persahabatan bola-tampar.

Rombongan dari Sekolah Menengah Bedok View Singapura membuat lawatan ke Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong.
Rombongan dari Sekolah Menengah Bedok View Singapura membuat lawatan ke Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong.

Rombongan berada di Daerah Temburong selama enam hari dalam program ‘outreach’ berkhemah di Taman Negara Ulu Temburong dan mengambil peluang untuk membuat lawatan sambil belajar ke satu-satunya sekolah menengah yang ada di sini, ujarnya.

Kunjungan ke Daerah Temburong berakhir dengan lawatan sambil belajar ke Kelas Bimbingan Kanak-kanak Cacat di Pekan Bangar. Di sini para rombongan berpeluang untuk membuat kraftangan bersama-sama para pelatih dan lapan orang kanak-kanak istimewa yang belajar di pusat tersebut, kemudian menyampaikan cenderahati kenangan yang disampaikan kepada Awang Mohd Zain bin Haji Mohammad bagi pihak warga sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA