SMSS anjur Majlis Graduan dan penghargaan kali ke-24

SMSS anjur Majlis Graduan dan penghargaan kali ke-24

SEKOLAH Seri Mulia Sarjana (SMSS) baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Graduan dan penghargaan Kali Ke-24 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong dengan tema ‘Shine Sarjana’.

Hadir selaku tetamu kehormat untuk majlis konvokesyen ini ialah Pengarah Perkembangan Kurikulum, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi.

Beliau telah menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam bidang akademik mereka pada tahun ini.

Seramai 152 pelajar Tahun 11 dan Tahun 10 telah berjaya menamatkan pembelajaran mereka manakala 175, pelajar Tahun 6, menerima sijil masing-masing dengan rasa bangga dan penuh kepuasan.

Majlis tersebut juga diteruskan dengan pemberian pelbagai anugerah kepada pelajar-pelajar yang terbaik seperti Anugerah TAIB, Anugerah Kesetiaan, Anugerah Bahasa Mandarin, Pelajar Terbaik Sepanjang Tahun dan Anugerah Kepimpinan Dr. Mary Lim.

Haji Abdul Rahman menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar.
Haji Abdul Rahman menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar.

Majlis Graduan Prasekolah turut diadakan pada waktu petang pada hari yang sama. Majlis Graduan berkenaan telah disempurnakan oleh Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin, Presiden Persatuan Graduan Wanita, Negara Brunei Darussalam.

Beliau seterusnya telah menyampaikan sijil kepada lebih 220 pelajar tadika di sekolah berkenaan. Pelajar terbaik turut disampaikan pada majlis tersebut.

Dalam usaha untuk mencapai kualiti yang baik dan jumlah pendidikan yang rata untuk semua pelajar, SMSS terus memberikan peluang kepada semua pelajar untuk bersinar dalam kedua-dua bidang iaitu dalam bidang akademik dan bidang ko-kurikulum.

Kedua-dua bidang ini turut dipamerkan dalam persembahan kebudayaan dan juga pertunjukan video dalam majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA