Snedeker kekalkan kecemerlangan

Snedeker kekalkan kecemerlangan

SUVA, Fiji, 7 Okt – Brandt Snedeker (gambar) menyamakan rekod catatan di Natadola Bay untuk berada di kedudukan kedua hari ini di Jelajah Eropah-bersama Fiji International.

Pemain dari AS itu mencatatkan tujuh bawah par 65 untuk menamatkan hari pertama dengan ketinggalan satu pukulan di belakang Matthew Giles dari Australia dalam menuju ke pertandingan hujuang minggu.

Pemain nombor 23 dunia itu, yang masih lagi baru membantu AS menamatkan kemarau Piala Ryder selama lapan tahun, berkata pusingan tanpa bogey itu meletakkannya di kedudukan yang bagus.

“Saya memberitahu diri saya pagi ini 5 bawah atau lebih baik akan meletakkan saya di mana saya mahukan,’ katanya.

“Untuk keluar sana dan membuat tujuh pukulan, saya tahu saya tidak mempunyai pendahuluan, saya rasa memilikinya, tetapi saya merasa selesa di mana saya akan berada pada hujung minggu, terdapat banyak pertandingan golf.”

Wira setempat, Vijay Singh menamatkan hari ke-11 dalam senarai pendahuluan selepas tiga di atas par 75 yang mengecewakan.

Juara utama tiga kali itu berkata dia bergelut dengan keadaan yang berangin.

“Tiga lubang pertama adalah bagus, kemudian ia mula bertiup,’ katanya.

“Ia sukar untuk menghasilkan putts, berada di atas putts yang pendek, ia menjadi sukar apabila keadaan seperti ini.”

Pertandingan yang menawarkan Aus$1.5 juta (AS$1.1 juta) yang dipersetujui bersama Australasian PGA dan buat kali pertama tahun ini, Jelajah Eropah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA