SNLP rai graduan cilik

SNLP rai graduan cilik

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Sekolah Nusa Laila Puteri (SNLP) telah meraikan seramai 148 orang murid Kindergarten (KG) 3 dari empat cawangannya: Gadong, Sungai Buloh, Tanjung Bunut dan Kiulap malam tadi dalam Majlis Konvokesyen & Pesta Pendidikan ke-37, 2015.

Pada majlis di Dewan Riadah, Pusat Belia berkenaan, seramai 33 orang murid KG 2 dan 27 orang murid KG 3 terdiri daripada tiga murid terbaik dalam kelas masing-masing telah menerima Hadiah Murid Cemerlang 2015.

Selain itu, seramai enam orang pelajar masing-masing seorang pelajar terbaik antara yang terbaik dalam peringkat kelas masing-masing iaitu Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 telah menerima Hadiah Pelajar Terbaik 2015 tajaan Insurans Islam TAIB Sdn Bhd.

Menyempurnakan penyampaian sijil kepada 148 orang graduan kecil berkenaan ialah Ketua Pegawai Operasi, Pengarah Eksekutif & Dekan International Academy of Management & Economics (IAME), Filipina, Dr. Christopher Pe Perez, Ph.D.

Salah seorang graduan kecil ketika menerima sijilnya daripada Dr. Christopher.
Salah seorang graduan kecil ketika menerima sijilnya daripada Dr. Christopher.

Sementara Pengarah IV / Pegawai Bertugas, Central Administrative Division PCCO – Philippine Information Agency, Dr. Abdullah G. Mamacotao, Ph.D menyempurnakan penyampaian Hadiah Murid Cemerlang 2015 kepada 60 murid KG 2 dan KG 3 berkenaan.

Hadiah Pelajar Terbaik Insurans Islam TAIB Sdn Bhd 2015 pula disempurnakan penyampaiannya oleh Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Sdn Bhd, Haji Osman bin Haji Mohd Jair.

Majlis berkenaan telah turut mendengarkan ucapan alu-aluan daripada Presiden, Pengarah dan Pengetua SNLP, Dr. Pengiran Amir Mohd Yussof bin Pengiran Abbas Al-Haj, dan ucapan perasmian oleh Dr. Christopher.

Majlis juga diceriakan dengan beberapa persembahan pentas iaitu nasyid dari SNLP Gadong, tarian joget ‘Toleh Menoleh’ dari SNLP Tanjung Bunut, nyanyian aksi ‘Kun Anta’ dari SNLP Sungai Buloh, mari bercerita oleh Nur Najla Imanina binti Suzimin dan nyanyian berirama ‘Let us move ahead’ serta ‘Terima Kasih Cikgu’ dari SNLP Kiulap.

Menutup tirai acara majlis ialah lagu penutup ‘Selamat Berpisah’ oleh semua graduan kecil yang diserentakkan dengan sesi bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA