Snowden terima Hadiah Bjornson

Snowden terima Hadiah Bjornson

OSLO, Sweden, 3 Jun (AFP) – Bekas kontraktor keselamatan Edward Snowden memenangi anugerah bagi kebebasan bersuara Norway semalam dan selain itu dijemput untuk menerima sendiri anugerah tersebut.

Akademi Kesusasteraan dan Kebebasan Bersuara Norway berkata pelarian berusia 31 tahun itu memenangi Hadiah Bjornson – mengambil sempena nama pemenang Nobel Kesusasteraan Sweden – kerana kerja-kerjanya dalam melindungi privasi dan pembongkaran pengawasan Amerika Syarikat ke atas warganya dan yang lain.”

Snowden, bekas penganalisis di Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA), kini hidup dalam buangan di Rusia sejak 2013 selepas mendedahkan program pengintipan besar-besaran oleh Amerika Syarikat sekutu-sekutunya.

Pentadbiran AS mengecap beliau sebagai penggodam dan pengkhianat yang membahayakan kehidupan dengan mendedahkan tahap program pengintipan NSA.

Akademi itu memohon jaminan daripada kerajaan Norway bahawa kerajaan Snowden tidak akan di ekstradisi ke AS jika beliau membuat perjalanan ke Norway untuk menerima hadiah wang tunai 100,000 kroner (AS$12,700, 11,500 euro) pada 5 September depan.

Kementerian Kehakiman Norway berkata adalah bergantung pada pihak berkuasa imigresen, yang membayangkan mereka akan menimbang sebarang permohonan kemasukan bila dan jika mereka menerima permintaan.

Jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf, berkata beliau tidak mahu mem,buat spekulasi mengenai sama ada Washington akan meminta bagi ekstradisi Snowden.