Socceroos benam Tajikistan 3-0

Socceroos benam Tajikistan 3-0

LONDON, 9 Sept – Kapten gantian Australia Tim Cahill menjaringkan dua gol lewat untuk menjamin satu kemenangan 3-0 untuk Socceroos dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia mereka melawan Tajikistan di Dushanbe semalam.

Juara bertahan Asia itu mengekal permulaan sempurna mereka dalam kempen kelayakan untuk kekal di kedudukan teratas Kumpulan B bersama kemenangan ketiga mereka.

Namun mereka terpaksa bekerja lebih keras terhadap pasukan Tajikistan, menduduki tempat ke-158 di dunia, yang menghalang pasukan pengunjung daripada menjaringkan sebarang gol dalam separuh masa pertama.

Ketua jurulatih Australia Ange Postecoglou membuat tiga perubahan yang menewaskan Bangladesh 5-0 pada minggu lalu, termasuk membawa masuk Cahill, yang mengambil alih sebagai kapten untuk Mile Jedinak yang cedera, namun Socceroos bergelut untuk mengikut rentak perlawanan.

Aaron Mooy terkena palang gol lima minit selepas perlawanan separuh masa kedua bermula dan hanya dalam minit ke-57 barulah pasukan Australia menjaringkan gol, dengan Mark Milligan bergabung dengan Mooy untuk memecah kebuntuan.

Tim Cahill dengan gaya tersendiri meraikan kejayaannya menghasilkan gol kedua Australia pada perlawanan menentang Tajikistan di Dushanbe semalam. – Reuters
Tim Cahill dengan gaya tersendiri meraikan kejayaannya menghasilkan gol kedua Australia pada perlawanan menentang Tajikistan di Dushanbe semalam. – Reuters

Cahill, telahpun menjadi penjaring terkenal Australia, menjamin keputusan dengan gol antarabangsa ke-40nya dalam minit ke-73 sebelum melengkapkan jaringannya dengan satu tandukan ke penjuru gawang dalam minit-minit akhir perlawanan.

Australia memimpin senarai kedudukan Kumpulan B dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan, diikuti oleh Jordan (tujuh), Kyrgyzstan (empat), seterusnya Tajikistan dan Bangladesh dengan satu mata masing-masing. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA