Sochaux lakar kejutan menang 2-1 benam Monaco

Sochaux lakar kejutan menang 2-1 benam Monaco

PARIS, 10 Feb – Pasukan divisyen kedua Perancis, Sochaux mengejutkan Monaco dengan kemenangan 2-1 dalam saingan 16 pasukan terakhir di Piala Perancis awal semalam, sementara Gazelec Ajaccio berjaya mengelakkan dimalukan pasukan amatur Saint-Malo.

Sochaux berdepan dengan kemungkinan tersingkir ke divisyen tiga Perancis buat kali pertama dalam sejarah kelab, tetapi pasukan Ligue 2 itu mendahului pada minit ke-19 menerusi Florian Martin di Stade Auguste Bonal.

Tiemoue Bakayoko menanduk masuk gol sejurus sebelum babak pertama berakhir bagi menyamakan kedudukan Monaco, tetapi Hadi Sacko yang dipinjam daripada Sporting Lisbon, menjaringkan gol ke-54 oleh Paul Nardi bagi membawa Sochaux ke pusingan suku akhir.

Gazelec Ajaccio mencatatkan kemenangan 2-1 kepada pasukan divisyen keempat Saint-Malo, tetapi pasukan Ligue 1 itu mulanya ketinggalan selepas Steven Creac’h meletakkan tuan rumah di depan di Stade du Roudourou milik Guingamp.

Bagaimanapun babak kedua menyaksikan gol Kevin Mayi dan Khalid Boutaib bagi membawa pasukan Gazelec Ajaccio ke pusingan suku akhir, dengan pasukan divisyen lima, Granville menyertai mereka selepas kemenangan 1-0 kepada pasukan divisyen kedua, Bourg-en-Bresse. – AFP

Midfield Sochaux Florian Martin (kiri) meraikan kemenangan di depan midfield Monaco Joao Moutinho (kanan) di stadium Auguste Bonal, Montbeliard, kelmarin. – AFP
Midfield Sochaux Florian Martin (kiri) meraikan kemenangan di depan midfield Monaco Joao Moutinho (kanan) di stadium Auguste Bonal, Montbeliard, kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA