Sokong peniaga kecil dan sederhana

Sokong peniaga kecil dan sederhana

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 12 Ogos – KBSentral terus membuat inisiatif untuk menyediakan pelantar kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana, seperti mereka yang bergiat dalam perniagaan dalam talian (Online) atau E-Vendor, untuk mengetengahkan perniagaan mereka kepada orang ramai terutama pengunjung-pengunjung pusat beli-belah tersebut, seperti dengan menganjurkan acara ‘Sentral Siuk’ yang bermula hari ini.

Selain dihasratkan untuk menyokong usahawan tempatan, acara tiga hari hingga Ahad ini nanti turut mengetengahkan bakat-bakat anak tempatan seperti pemain Yoyo, Pemain Kendama, Henna, Pelukis Muka dan sebagainya.

Antara vendor yang ikut serta termasuk Ar Rizq Collection, Ash Syifa penyembuh semula jadi, Myiesa Faliha, Tuan-Tuan Cantik, Qafa Haus dan Sentral KBS sebagai salah satu vendor dari pengurusan KBSentral, serta Sentral Cube Enterprise di mana dua unit kiub ditawarkan kepada orang ramai untuk menyewanya sepanjang acara berlangsung.

Di samping itu, acara turut mengetengahkan penyertaan Majlis Perundingan Kampung Mendaram Labi dan Majlis Perundingan Kampung Sungai Teraban.

Beberapa vendor yang menyertai jualan di acara Sentral Siuk KBSentral.
Beberapa vendor yang menyertai jualan di acara Sentral Siuk KBSentral.
Biro Wanita MPK Kampung Mendaram Labi beramai-ramai menganyam kraftangan yang hendak dijual pada acara Sentral Siuk selama tiga hari tersebut.
Biro Wanita MPK Kampung Mendaram Labi beramai-ramai menganyam kraftangan yang hendak dijual pada acara Sentral Siuk selama tiga hari tersebut.

Pengurus Pemasaran dan Acara, Awang Anwar bin Rosly memberitahu, antara objektif ‘Sentral Siuk’ adalah untuk menyokong bakat tempatan dan perniagaan tempatan, selain untuk menjadikan Pusat Beli-Belah KBSentral sebagai tempat tumpuan untuk menggalakkan perniagaan kecil, serta menggalakkan KbSentral sebagai ‘A Great Place To Be’.

Menurutnya lagi, ‘Sentral Siuk’ yang membawa tema ‘Pesta di Hujung Minggu’ itu juga bertujuan untuk menyediakan peluang kepada perniagaan kecil dan sederhana mengetengahkan dan menjual produk atau perkhidmatan mereka.

“Acara seperti ini adalah satu acara yang mampu menarik bilangan pengunjung yang ramai ke pusat beli-belah ini, dan setentunya akan menjadi tumpuan masyarakat di Belait,” katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa Balloon Buzz ria akan mengetengahkan Peraduan Sand Art, iaitu aktiviti mewarna menggunakan pasir berwarna-warni, yang diharapkan boleh menarik lebih ramai penyertaan bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak malah ibu bapa dan penjaga juga dialu-alukan untuk menyertainya bersama.

ARTIKEL YANG SAMA