Sokong pergerakan hijau

Sokong pergerakan hijau

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Sebagai langkah berterusan untuk menyokong pergerakan hijau, serta mendidik penduduk tempatan, Syarikat Schneider Electric bersama BMS Engineering, pagi tadi, telah mengadakan taklimat bertajuk ‘Green Trends Forwards’ yang berlangsung di Hotel Radisson, di sini.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Schneider Electric Brunei, Jeffrey Yap yang berkongsi pengalaman beliau dalam memimpin dan meningkatkan profesionalisme dan pengetahuan dalam pembangunan ‘Green Mark Points’ dan ‘Green Trends’.

Beliau turut menjelaskan strategi perniagaan mereka, iaitu memastikan kesan alam sekitar diminimumkan, sama ada kesan karbon dioksida syarikat dan produk serta penyelesaian yang mereka berikan kepada pelanggan.

Antara tajuk-tajuk menarik lainnya meliputi taklimat kunci utama strategi perniagaan, hidup tanpa kuasa tenaga, StruxureWare Building Operations (SBO) dan Sistem Pengurusan Tenaga (PMS).

Antara yang hadir mendengar taklimat ‘Green Trends Forward’ anjuran Syarikat Schneider Electric bersama BMS Engineering.
Antara yang hadir mendengar taklimat ‘Green Trends Forward’ anjuran Syarikat Schneider Electric bersama BMS Engineering.
Jeffrey Yap menyampaikan taklimat ‘Green Trends Forwards’ di Hotel Radisson.
Jeffrey Yap menyampaikan taklimat ‘Green Trends Forwards’ di Hotel Radisson.

SBO oleh Schneider Electric merupakan penyelesaian dalam menyediakan pelanggan dengan penggunaan tenaga yang dioptimumkan, mengekalkan persekitaran sihat dan produktif, mengemas kini kemudahan lama dan menyediakan akses kepada sistem bangunan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sistem Pengurusan Tenaga juga oleh Schneider Electric pula menyediakan sistem pengurusan tenaga berintegrasi yang mempertingkatkan kebolehpercayaan pembahagian elektrik dan meningkatkan kecekapan kewangan dan operasi sesebuah organisasi. Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan BMS Engineering Brunei dan Singapura, Choo Har Thong, pegawai-pegawai kerajaan, konsultan dan para kontraktor.

Pada akhir majlis itu, para peserta diberi peluang mengemukakan soalan mengenai tajuk-tajuk yang diketengahkan dan menyaksikan beberapa produk Schneider Electric yang ditawarkan.

ARTIKEL YANG SAMA