Sokong perniagaan tempatan di ICC

Sokong perniagaan tempatan di ICC

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Bagi menyokong dan menggalakkan usahawan tempatan, Syarikat Sangat Kaya Sama Untung (SKSU) mengadakan Ekspo Keusahawanan Tempatan sebagai ‘platform’ untuk para usahawan mempromosikan produk mereka.

Ekspo yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini hingga 8 Mei itu diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, jam 9 pagi hingga 10 malam.

Membawa tema ‘Menyokong Perniagaan Tempatan’ ekspo tersebut turut disertai 13 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang menjual barang-barang dalam petak kiub (cube box), tekstil, pakaian, serta bermacam jenis makanan dan minuman.

Pengusaha madu yang menjual bermacam jenis madu, juga turut menyertai ekspo tersebut.
Pengusaha madu yang menjual bermacam jenis madu, juga turut menyertai ekspo tersebut.

Selain itu, juga ada terdapat perarakan cosplay, pertandingan cosplay, peraduan mewarna kanak-kanak, permainan papan (board gaming), dan peraduan ‘Gunpla’ sepanjang ekspo tersebut yang dianjurkan oleh Bruneian Cozplay Hobbies & Collections (BCHC) di bawah kelolaan Syarikat SKSU, bagi memeriahkan ekspo berkenaan.

Antara lain tujuan ekspo tersebut diadakan adalah bagi menyatukan ahli keusahawanan tempatan yang ingin memajukan serta meningkatkan perniagaan demi perekonomian negara.

ARTIKEL YANG SAMA