Sokong tidak ubah had maksimum

Sokong tidak ubah had maksimum

BANDAR KUWAIT, 3 Jun (AFP) – Menteri Minyak Kuwait Ali al-Omair semalam berkata beliau “amat percaya” bahawa anggota-anggota Pertubuhan Pengeksport Petroleum (OPEC) Teluk menyokong untuk tidak mengubah had maksimum pengeluaran kartel pada rundingan penting minggu ini.

Dalam kenyataan kepada agensi berita rasmi KUNA setibanya di Vienna, Omair berkata pilihan OPEC ialah untuk “sama ada untuk mengekalkan atau menambah had maksimum pengeluaran,” dengan menolak pengurangan.

Dua belas negara anggota OPEC akan mengadakan pertemuan pada Jumaat untuk memutuskan tentang tahap pengeluaran bagi separuh kedua 2015, di tengah-tengah jangkaan bahawa tahap pengeluaran akan dikekalkan.

Omair berkata para menteri-menteri negara anggota OPEC Teluk yang selain Kuwait termasuklah pengeluar pengaruh, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu dan Qatar akan mengadakan rundingan penyelarasan sebelum mesyuarat itu.

Keempat-empat negara Teluk itu mengeluarkan kira-kira 17 juta tong sehari atau 55 peratus pengeluaran kini OPEC iaitu 31 juta tong sehari. Arab Saudi sahaja, mengeluarkan 10.3 juta tong sehari.

Gambar fail bertarikh 12 Jun 2015 menunjukkan Menteri Minyak Kuwait Ali al-Omair (kiri) ketika menghadiri sesi Parlimen pada perhimpunan kebangsaan di bandar Kuwait. – AFP
Gambar fail bertarikh 12 Jun 2015 menunjukkan Menteri Minyak Kuwait Ali al-Omair (kiri) ketika menghadiri sesi Parlimen pada perhimpunan kebangsaan di bandar Kuwait. – AFP

“Suasana sejagat memerlukan kami untuk tidak mengambil keputusan yang mungkin memberi impak negatif pada pasaran dan pilihan ada bagi OPEC adalah sama ada untuk mengekalkan atau menambah had maksimum pengeluaran,” katanya.

Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi berkata semalam bahawa strategi OPEC tidak mengurangkan pengeluaran untuk mengawal perkongsian pasaran adalah berkesan.

Ditanya jika strategi ini telah berjaya, Naimi memberitahu para pemberita: “Jawapan ialah ya.. Permintaan meningkat. Bekalan perlahan. Ini adalah fakta. Pasaran menjadi stabil.”

Sesetengah anggota lain, terutamanya Venezuela dan Iran, telah menggesa bagi pengurangan pengeluaran untuk menyokong harga.

ARTIKEL YANG SAMA