Sokong usaha anggota bomba dan penyelamat

Sokong usaha anggota bomba dan penyelamat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Beberapa bulan kebelakangan ini, anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengawal kebakaran hutan dan belukar yang meningkat dalam keadaan cuaca kering dan panas.

Oleh itu, sebagai usaha untuk menyokong wira-wira berkenaan serta untuk mengutip dana bagi Tabung Kebajikan Ahli Bomba, larian amal akan diadakan pada 5 Jun bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Berakas.

Hasil daripada kutipan larian amal yang dianjurkan bersama oleh Amtrix Enterprise & Heroes Event Management dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan sokongan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri itu akan disumbangkan sepenuhnya untuk tabung kebajikan para anggota bomba dan penyelamat dengan pendaftaran bagi larian amal itu kini sudah dibuka.

Para peserta yang menyertai larian amal itu akan menerima pek larian eksklusif yang merangkumi bib larian, baju T rasmi larian amal, gelang tangan serta pingat bagi mereka yang menamatkan larian berkenaan.

Larian amal anggota bomba dan penyelamat akan diadakan 5 Jun nanti dan pendaftaran menyertai larian itu kini mula dibuka.
Larian amal anggota bomba dan penyelamat akan diadakan 5 Jun nanti dan pendaftaran menyertai larian itu kini mula dibuka.

Selain larian itu, mereka yang berminat juga boleh menyertai latihan kem kecergasan bagi pelari-pelari 10 kilometer yang dikendalikan oleh Helmi Abdullah Fitness Bootcamp.

Sebelum larian dimulakan, sesi memanaskan badan akan diadakan yang diketuai oleh tenaga kerja dari Fitness Zone yang juga akan menyumbangkan pas tiga hari percuma menggunakan kemudahan mereka.

Semasa larian itu, minuman akan disediakan bagi setiap peserta larian di sepanjang laluan dan juga di garisan penamat oleh Kingston Beverage & Creamery.

Bagi mereka yang berminat, mereka boleh membuat pendaftaran di laman sesawang http://www.heroes.com.bn/fire-fighters-run.html.

ARTIKEL YANG SAMA