AS sokong usaha Gabungan Global perangi Daesh

Setiausaha Negara Amerika Syarikat semasa menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Gabungan Global Menentang ISIS/Daesh di Istana Bayan, Bandar Kuwait. berjanji memberi dana sebanyak US$200 juta untuk membantu usaha Gabungan Global memerangi kumpulan militan Daesh. – AFP

BANDAR KUWAIT, 14 Feb – Amerika Syarikat (AS) berjanji memberi dana sebanyak US$200 juta untuk membantu usaha Gabungan Global memerangi kumpulan militan Daesh serta menghalang mereka kembali semula ke Syria dan Iraq.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, berkata Daesh akan sentiasa menjadi ancaman dan gangguan kepada seluruh dunia.

“Dunia perlu teruskan usaha memerangi Daesh bagi memastikan kumpulan itu tidak muncul kembali di Syria dan Iraq, walaupun rantau itu telah diisytiharkan bebas sepenuhnya daripada penguasaan mereka. (Klik di sini untuk cerita lanjut)