Sokongan ke atas Abe merosot

Sokongan ke atas Abe merosot

TOKYO, 29 Jun (Reuters) – Sokongan terhadap kerajaan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mencatatkan kemerosotan tatkala berdepan keraguan mengenai dasar keselamatan beliau yang lebih berpengaruh, demikian menurut tinjauan akhbar yang disiarkan hari ini, di tengah-tengah kebimbangan parti pemerintah pimpinan Abe mahu menutup mulut pengkritik media.

Abe telah berjanji kepada sekutu utama Washington bahawa beliau akan menggubal rang undang-undang untuk melaksana satu peralihan dasar pertahanan bersejarah pada musim panas ini. Namun dalam satu petanda bahawa matlamat tersebut nampaknya sukar dicapai, blok pemerintahnya pada minggu lalu melanjutkan sesi parlimen sekarang sehingga 27 September.

Peratus pengundi yang menentang kabinet Abe meningkat kepada 40 peratus, yang tertinggi sejak beliau menjadi perdana menteri pada Disember 2012 yang berjanji akan memulihkan ekonomi dan merangsang pertahanan Jepun, menurut satu tinjauan oleh akhbar perniagaan Nikkei dan penyiar TV Tokyo. Sokongan merosot tiga mata kepada 47 peratus.

Majoriti pengundi, 56 peratus, menentang pelan Abe untuk menamatkan pengharaman ke atas hak mempertahankan diri, atau membantu negara yang diserang dari segi tentera, satu tindakan yang mungkin membenarkan tentera Jepun bertempur di luar negara untuk kali pertama sejak kekalahan Tokyo dalam Perang Dunia Kedua 70 tahun lalu.

Mengulang tinjauan lain, pengundian tersebut menunjukkan 81 peratus rasa penjelasan kerajaan untuk perubahan adalah tidak mencukupi.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. – AFP
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. – AFP

Usaha Abe untuk menggubal rang undang-undang di parlimen, di mana blok pemerintahnya mempunyai majoriti undi, telah menghadapi masalah.

Pada Sabtu, Parti Liberal Demokratik (LDP) berusaha mengehadkan kesan sampingan daripada kata-kata oleh penggubal undang-undang untuk menyokong Abe yang dikatakan oleh pengkritik mengancam kebebasan berakhbar.

Seorang Wakil Rakyat melucutkan jawatannya sebagai ketua divisyen belia LDP dan tiga orang lain ditegur.

Abe enggan meminta maaf atas kata-kata penggubal undang-undang pada satu kumpulan kajian, termasuk satu cadangan meminta penaja korporat harus didesak supaya mengeluarkan iklan yang mengkritik kerajaan daripada media.

Tindakan tersebut menyusuli satu lagi tamparan pada awal bulan ini apabila seorang sarjana perlembagaan yang berpengaruh bercakap pada panel parlimen mengejutkan tuan rumah LDP dengan berkata perundangan keselamatan akan mencabul perlembagaan Jepun, satu pandangan yang dikongsi bersama oleh kebanyakan ahli akademik.