Sokongan kepada industri wireline

Sokongan kepada industri wireline

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Industri wireline (teknologi kabel) negara mendapat sokongan padu apabila Geowell Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas tempatan Gissco Sdn Bhd untuk memberikan sokongan kepada industri berkenaan termasuk program latihan bersama yang akan dikendalikan di dalam dan luar negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Gissco Sdn Bhd, di sini, hari ini, memorandum berkenaan telah ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Gissco Sdn Bhd, Awang Mohd Basri Basir dan Pengarah Eksekutif serta Pengurus Projek Geowell, Mohd Khoirul Kamal Haji Mohd Rashid di Ibu Pejabat Geowell di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu lagi, penandatanganan itu disaksikan oleh Pengarah Urusan Geowell, Haji Mohd Rashid Mohd Fahmi, Pengarah Geowell, Mohd Ridzwan Haji Mohd Rashid dan Penasihat Teknikal Gissco, David Khan.

Mohd Basri dipetik menyatakan bahawa penandatanganan itu merupakan satu mercu tanda yang penting bagi Geowell dan Gissco serta percaya kerjasama itu akan bermanfaat bagi Gissco yang menerokai penyediaan perkhidmatan wireline dan slickline.

Awang Mohd Basri (kiri) dan Mohd Khoirul Kamal (kanan) pada majlis penandatanganan MoU itu.
Awang Mohd Basri (kiri) dan Mohd Khoirul Kamal (kanan) pada majlis penandatanganan MoU itu.
Pegawai-pegawai dari Geowell Malaysia dan Gissco Sdn Bhd pada majlis berkenaan.
Pegawai-pegawai dari Geowell Malaysia dan Gissco Sdn Bhd pada majlis berkenaan.

Geowell Malaysia merupakan syarikat slickline terbesar di Malaysia yang mempunyai pengalaman kejayaan selama 25 tahun dengan kakitangan yang berpengalaman dan inventori yang penuh dengan peralatan berkualiti tinggi.

Semasa penandatanganan itu, Awang Mohd Basri juga menyatakan bahawa MoU itu memberikan peluang kepada warga Brunei yang berminat untuk meneroka industri wireline dan ia juga dipercayai mampu untuk menaikkan lagi tahap kompetensi serta jumlah warga Brunei yang berkhidmat dalam sektor berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA