Sokongan padu kempen keluar EU

Sokongan padu kempen keluar EU

LONDON, 7 Jun (Reuters) – Lebih 50 anggota perundangan dari Parti Konservatif pimpinan David Cameron bakal menyertai kempen menyokong Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU), kecuali Perdana Menteri British mencapai matlamat perubahan radikal dalam blok berkenaan, menurut akhbar Sunday Times.

Anggota perundangan terbabit menjadi sebahagian kumpulan baru dikenali Konservatif untuk Britain (CfB), yang akan menyokong bidaan Cameron bagi pembaharuan sambil menggesa penamatan keanggotaan EU kecuali perubahan yang signifikan dicapai, kata akhbar itu.

Cameron sendang berusaha memujuk para pemimpin Eropah supaya menyokong desakan UK bagi pembaharuan sebelum mengadakan referendum mengenai keanggotaan Britain dalam EU. Beliau sebelum ini menjanjikan undian itu menjelang akhir tahun 2017. “Kami mendoakan setiap kejayaan untuk David Cameron, tetapi kecuali para pegawai kanan EU menyedari kemungkinan salah satu anggota terbesar EU serius perubahan fundamental dalam hubungan kami, perakuan kami kepada pengundi British yang kelihatannya bakal memilih untuk keluar,” kata anggota perundangan Konservatif Steve Baker.

Cameron mahu mengetatkan akses penghijrah EU kepada kebajikan British, menambahbaikkan pasaran tunggal, dan meraih perlindungan untuk memastikan negara-negara di luar zon euro tidak diletakkan dalam keadaan tidak menguntungkan dengan integrasi yang lebih besar.

PM British, David Cameron. – Reuters
PM British, David Cameron. – Reuters

Akhbar Telegraph berkata CfB sudah pun mendaftar lebih 50 anggota perundangan dan menjangka jumlah akan meningkat tidak lama lagi kepada kira-kira 100 orang, termasuk sebahagian menteri.