Sokongan penjenamaan, segmen halal tingkat potensi koko Malaysia

Sokongan penjenamaan, segmen halal tingkat potensi koko Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Sokongan penjenamaan ‘Koko Malaysia’ yang unik dan segmen eksport halal, berpotensi tinggi menjadikan negara dikenali sebagai pengeluar dan pemproses koko berkualiti dan berterusan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata usaha untuk meningkatkan pengeluaran produk berasaskan koko yang bernilai tambah tinggi, sedang dipergiatkan.

Ini termasuk menjadikan Malaysia sebagai ‘Raja Coklat’ di Asia, iaitu pusat pengeluaran produk utama di rantau Asia.

“Malaysia mempunyai potensi tinggi untuk dikenali sebagai pengeluar dan pemproses koko berkualiti dan berterusan serta mampu bersaing dengan produk-produk koko dari negara luar, kerana disokong oleh penjenamaan ‘Koko Malaysia’ yang unik dan pengeluaran produk halal bagi pasaran eksport terutamanya ke negara negara di wilayah Asia, Timur Tengah dan Eropah Timur,” kata Mah.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pameran Hari Kokok dan Koko Malaysia (MCCD 2016)’ di sini hari ini.

Ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola, Lembaga Koko Malaysia Datuk Dr Markus Makin Mojigoh. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA