Solar Impulse 2 bergerak ke Oklahoma

Solar Impulse 2 bergerak ke Oklahoma

GOODYEAR, Ariz, 12 Mei (AP) – Kapal terbang berkuasa suria yang mendarat di Arizona minggu lalu, selepas penerbangan sepanjang hari dari California akan menuju Oklahoma seterusnya pada pusingan terbaru perjalanannya di seluruh dunia, para pegawai projek mengumumkan semalam.

Solar Impulse 2 buatan Switzerland, dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Phoenix Goodyear pada pukul 3 pagi hari ini dengan destinasinya Lapangan Terbang Antarabangsa Tulsa.

Pesawat udara itu akan berlepas dari Mountain View di utara California pada awal waktu 2 Mei dan mendarat di lapangan terbang barat daya Phoenix 16 jam kemudian.

Sayap Solar Impulse 2 yang lebih lebar berbanding sayap Boeing 747 dilengkapi dengan 17,000 sel solar yang memberi kuasa kepada kipas dan mencaj bateri. Kapal terbang itu bergerak menggunakan tenaga disimpan pada waktu malam.

Ia memulakan penerbangan mengelilingi dunia tahun lalu dan terbang dari Hawaii ke Mountain View bulan lalu.

Juruterbang pesawat Solar Impulse 2 melambai para pemerhati sebelum meneruskan perjalanannya. – AP
Juruterbang pesawat Solar Impulse 2 melambai para pemerhati sebelum meneruskan perjalanannya. – AP

Selepas Oklahoma, ia dijangka membuat satu lagi perhentian di AS sebelum menyeberangi Lautan Atlantik menuju Eropah atau utara Afrika, menurut Emiriah Arab Bersatu dan singgah di Oman, Myanmar, China dan Jepun.

Perjalanan kapal terbang ini lima hari dari Jepun menuju Hawaii dan tiga hari dari Hawaii menuju Silicon Valley, California.

Kru terpaksa tinggal di Oahu, Hawaii selama sembilan bulan selepas sistem bateri kapal terbang itu mengalami kerosakan akibat panas pada penerbangannya dari Jepun.

Para penganjur berkata persinggahan itu telah memberikan peluang kepada dua juruterbang Swiss – Bertrand Piccard dan Andre Borschberg untuk bertukar tempat dan terlibat dengan komuniti tempatan dalam pada itu supaya mereka boleh menerangkan projek itu, yang dianggarkan menelan kos lebih $100 juta.

Piccard dijadualkan mengemudi bagi pusingan Arizona menuju Oklahoma.

Projek suria ini bermula dalam tahun 2002 untuk menekankan pentingnya tenaga yang boleh dibaharui dan semangat pembaharuan.