Solar Impulse 2 mula rentas Atlantik

Solar Impulse 2 mula rentas Atlantik

NEW YORK, 21 Jun (AFP) – Pesawat Solar Impulse 2 semalam terbang melalui barat Atlantic, salah satu usaha memecahkan rekod yang sukar untuk terbang menyeberangi global dengan hanya menggunakan tenaga solar.

Pesawat itu yang berlepas dari lapangan terbang JFK New York sekitar 2:30 pagi (0630GMT), dipandu oleh pengembara dari Switzerland, Bertrand Piccard, yang dijangka akan menghabiskan sekitar 90 jam selepas hanya berehat sekejap sebelum menyeberangi Atlantik.

“Ia adalah kali pertama saya berlepas dari JFK,” kata Piccard dari siaran langsung dari pesawat itu ketika dia menuju melalui langit malam dalam laluan ke Lapangan Terbang Seville, Sepanyol.

Ketika jam 9:30 malam di New York (0130 GMT hari ini), pesawat itu menghampiri Nova Scotia, Kanada dan berpusing ke timur untuk memulakan penerbangan menyeberangi lautan selepas berada di pesisiran Amerika Utara pada waktu siang.

Piccard dalam blog menyatakan bahawa dia dapat mengalami fenomena “Strawberry Moon” dari pesawat itu atau satu fenomena astrologi yang berlaku apabila bulan penuh semasa solstis musim panas di mana siang hari lebih lama dalam tahun ini.

Solar Impulse 2 ditarik dari hangar sebelum berlepas merentasi Lautan Atlantik dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York, kelmarin. – AFP
Solar Impulse 2 ditarik dari hangar sebelum berlepas merentasi Lautan Atlantik dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York, kelmarin. – AFP

Dia akan merasakan “bulan penuh untuk memandu saya menyeberangi Lautan Atlantik dengan pesawat yang menggunakan tenaga solar.”

Penggembaraan itu menandakan perjalanan transatlantik solo yang pertama dengan pesawat bertenaga solar dan dijangka akan bertahan selama empat hari dan empat malam, bergantung kepada keadaan cuaca.

Pesawat itu yang lebih ringan daripada sebuah kereta tetapi memiliki sayap Boeing 747, sedang diterbangkan dalam perjalanannya 22,000 batu (35, 400 kilometer) dalam peringkat bersama dua juruterbang (Piccard dan usahawan dari Switzerland Andre Borschberg) yang mengendalikannya secara berganti-ganti.

Kedua-duanya telah menerbangkan pesawat tersebut secara berganti-ganti dalam penggembaraan dengan Borschberg menjadi juruterbang peringkat akhir penerbangan Pasifik untuk penerbangan sejauh 4,000 batu di antara Jepun dan Hawaii.