‘Solar Impulse’ alami kerosakan

‘Solar Impulse’ alami kerosakan

HONOLULU, 12 Julai (Agensi) – Pesawat yang dikuasakan dengan tenaga solar kini tidak diterbangkan disebabkan kerosakan bateri untuk sekurang-kurangnya beberapa minggu setelah melengkapkan pecahan rekod perjalanan lima hari dari Jepun ke Hawaii.

Pasukan Solar Impulse 2 mengatakan baterinya terlebih terlindung dan menjadi terlebih panas pada hari pertama perjalanan dari Jepun-Hawaii. Pasukan tersebut juga berkata kelmarin mereka telah memantau situasi tersebut di sepanjang penerbangan tetapi tidak berupaya menurunkan suhunya.

Pesawat tersebut tidak akan terbang sebelum permulaan Ogos tatkala pasukan bekerja untuk mengganti dan membaiki bahagian-bahagian yang rosak.

Ia telah mendarat ke Hawaii pada 3 Julai selepas melengkapkan pengembaraan 118 jam yang telah memecahkan rekod penerbangan solo dunia paling lama tanpa henti.

Solar Impulse 2 seterusnya akan menuju ke Phoenix sebagai sebahagian daripada penerbangan mengelilingi dunia yang bertujuan untuk menyerlahkan kepentingan tenaga yang boleh diperbaharui.

ARTIKEL YANG SAMA