‘Solar Impulse’ berlepas awal Rabu

‘Solar Impulse’ berlepas awal Rabu

TOKYO, 23 Jun (AFP) – Kapal terbang berkuasa solar yang terperangkap di Jepun selama tiga minggu akibat musim hujan dijangka berlepas menuju Hawaii awal hari ini, menurut pasukan itu.

‘Solar Impulse 2’ telah cuba terbang dari Nanjing, China ke Haiwaii, apabila mengalami masalah cuaca yang memaksanya melencong ke Nagoya, bandar tengah Jepun, pada awal bulan ini.

Sejak itu, krewnya telah mencari ramalan jarak jauh bagi peluang untuk memulai semula cubaan mengelilingi dunia buat julung kalinya oleh sebuah pesawat udara yang hanya berkuasa matahari.

Peluang untuk berbuat demikian muncul sendiri hari ini.

“Solar Impulse akan cuba terbang ke Hawaii esok, 24 Jun pada pukul 2:30 pagi waktu tempatan,” kata pasukan itu.

Pengasas bersama misi ini, Andre Borschberg, yang terbang selama 44 jam untuk sampai ke Nagoya akan naik semula ke kokpit di tengah malam Jepun bagi usaha berani untuk sampai ke Hawaii selepas penerbangan berterusan lima hari lima malam.

Angin dan gelora cenderung lebih tenang pada awal waktu pagi. Jurucakap wanita pasukan ‘Solar Impulse’ Elke Neumann memberitahu AFP, yang menjadikan waktu ini sesuai bagi perlepasan.

“Bateri-bateri penuh, dengan itu kapal terbang boleh terbang bila-bila masa,” katanya lagi. “Sejak matahari terbit pada awal pagi di Jepun, kami berlepas awal kami terbang lebih awal lagi, dengan itu kami mempunyai lebih banyak waktu di udara.”

‘Solar Impulse’ berlepas dari Abu Dhabi awal tahun ini dalam cubaan banyak pusingan untuk mengelilingi dunia tanpa setitis pun minyak.

ARTIKEL YANG SAMA