Solar Impulse mendarat di Nagoya

Solar Impulse mendarat di Nagoya

SHANGHAI, 1 Jun (AFP) – Solar Impulse 2 akan mendarat di bandar Nagoya, Jepun, menurut penganjur hari ini, ketika cuaca buruk menangguhkan percubaan bersejarah oleh pesawat solar untuk menyeberangi Lautan Pasifik itu.

“Cuaca memburuk di Pasifik, keputusan segera diambil bagi pendaratan pertengahan di Nagoya dan menunggu keadaan kembali pulih,” Bertrand Piccard mentweet.

Pesawat itu pada awalnya dalam pola menunggu berhampiran Jepun ketika penganjur memberi amaran cuaca buruk menjelang perjalanan itu akan menyekat bidaanya untuk menyeberangi Pasifik. Perjalanan mengelilingi dunia bagi pusingan ketujuh telah ditetapkan membawa juruterbang Andre Borschberg, 62, bagi penerbangan sejauh 8,500km selama enam hari, enam malam dari bandar Nanjing, China menyeberangi Lautan Pasifik, ke Hawaii.

Percubaan berani itu telah dibatalkan selepas 3 petang waktu Shanghai (0700 GMT).

Menurut penganjur, pesawat itu dijangka untuk mendarat di Nagoya pada malam hari ini.

Bertrand Piccard, pengerusi dan juruterbang Solar Impulse, bergambar di Pusat Kawalan Misi bagi penerbangan Solar Impulse di Monaco pada 1 Jun. – AFP
Bertrand Piccard, pengerusi dan juruterbang Solar Impulse, bergambar di Pusat Kawalan Misi bagi penerbangan Solar Impulse di Monaco pada 1 Jun. – AFP

“Apabila kami berlepas dari China ia amat jelas kami boleh menyeberanginya,” kata Piccard dalam video langsung yang disiarkan dalam YouTube.

“Saya boleh katakan, ia hampir-hampir mudah, pegawai kaji cuaca amat yakin.

“Kini cermin telah ditutup. Di hadapan kelihatannya awan terlalu besar, tebal. Pesawat ini akan terpaksa meredah lapisan besar awan.

“Keputusan paling selamat adalah untuk berhenti di Nagoya, menunggu beberapa hari sebelum meneruskannya.”

Borschberg menamatkan pusingan pertama semalam Solar Impulse 2 dengan pesawat udara yang bergantung sepenuhnya pada bateri yang dicas menggunakan tenaga matahari.