‘Solar Impulse’ terbantut 9 bulan

‘Solar Impulse’ terbantut 9 bulan

HAWAII, 16 Julai – Sebuah kapal terbang menggunakan tenaga solar yang tengah berusaha mengelilingi dunia akan berhenti di Hawaii selama sekurang-kurangnya sembilan bulan disebabkan kerosakan bateri yang dialami ketika penerbangan selama 118 jam ke Oahu dari Jepun, kata kumpulan projek semalam.

Pesawat udara satu tempat duduk yang digelar Solar Impulse itu tidak dijangka berlepas pada perjalanan seterusnya, penerbangan empat hari empat malam ke Phoenix, Arizona, sehingga lewat April atau awal Mei 2016, kata kumpulan.

Masa tambahan diperlukan untuk membaiki empat bateri kapal terbang, yang menyimpan tenaga daripada mata hari pada siang hari untuk memberikan tenaga kepada pesawat udara semalaman,membenarnya berada di atas siang dan malam pada penerbangan jarak jauh.

Kerja-kerja membaiki dan menguji seterusnya akan membuka peluang kepada kapal terbang untuk menamatkan lintasan rentas Pasifik untuk musim bunga akan datang, dari segi keadaan cuaca dan waktu siang yang mencukupi.

Bateri menjadi terlalu panas ketika pendakian pesawat udara selepas berlepas pada 29 Jun dari Nagoya, Jepun, dalam perjalanan ke Hawaii pada pusingan kelapan dan paling mencabar daripada percubaan pelayaran mengelilingi dunia, kata pegawai untuk misi.

Namun, juruterbang, pemandu kapal terbang Swiss Andre Borschnerg, dan kumpulannya berjaya menamatkan pusingan Jepun ke Hawaii, mendarat dengan selamat berhampiran Honolulu pada 3 Julai selepas lima hari dan lima malam, atau 117 jam dan 52 minit, berada di udara.

Perjalanan itu memecah rekod penerbangan solo tanpa henti dunia selama 76 jam yang dicatat pada 2006 oleh mendiang pengembara Amerika Steve Fossett dalam Virgin Atlantic Global Flyer. Ia juga mencatat rekod tempoh dan jarak baru untuk penerbangan yang menggunakan solar.

Borschberg dan pengasas bersama projek, rakan juruterbang Swiss Bertrand Piccard, berhasrat mengadakan penerbangan menggunakan tenaga solar pertama di dunia, bergilir-gilir mengawal setiap pusingan penerbangan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA