Solat Aidilfitri di Kedutaan Besar Indonesia

Solat Aidilfitri di Kedutaan Besar Indonesia

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bertepatan dengan 1 Syawal 1436 Hijrah, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam akan mengadakan acara
Solat Aidilfitri bersama dengan masyarakat Indonesia yang berada di Negara Brunei Darussalam di Kedutaan Besar Republik Indonesia, Bandar Seri Begawan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Republik Indonesia, majlis berkenaan akan diadakan di Kedutaan Besar Republik Indonesia, Bandar Seri Begawan, Simpang 336-43, Jalan Kebangsaan, Kampung Kawasan Lingkungan Diplomatik bermula pada jam 7 pagi.

Sehubungan itu, masyarakat Indonesia yang menetap di Negara Brunei Darussalam adalah dialu-alukan untuk hadir dan sama-sama menyertai acara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA