Solat Hajat, ceramah motivasi pelajar BIBD ALAF

Solat Hajat, ceramah motivasi pelajar BIBD ALAF

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, telah mengadakan solat Hajat dan ceramah motivasi bagi seramai 29 orang pelajar BIBD ALAF yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), ‘O’ Level dan ‘A’ Level.

Majlis berlangsung di Dewan Serba Guna Bangunan PGGMB, di ibu negara, dan hadir di majlis itu ialah Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman selaku tetamu kehormat majlis, kakitangan BIBD, pelajar-pelajar ALAF dan ibu bapa serta guru-guru mereka.

Pada majlis itu, ceramah motivasi telah disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah Awang Isham bin Ismail, yang mana ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar dan rasa percaya diri serta sentiasa berusaha untuk mencapai yang terbaik.

Antara yang hadir pada majlis solat Hajat dan ceramah motivasi bagi seramai 29 orang pelajar BIBD ALAF yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), ‘O’ Level dan ‘A’ Level.
Antara yang hadir pada majlis solat Hajat dan ceramah motivasi bagi seramai 29 orang pelajar BIBD ALAF yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), ‘O’ Level dan ‘A’ Level.

Program ALAF dijalankan dengan kerjasama rapat bersama Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk menyediakan bantuan-bantuan kepada pelajar-pelajar yang terpilih.

Bantuan-bantuan yang diberikan bertujuan untuk memastikan komitmen pelajar-pelajar berkenaan ke arah pembangunan pendidikan mereka, dan menghalang mereka daripada terganggu oleh komitmen lain.

 

ARTIKEL YANG SAMA