Solat hajat mohon keberkatan

Solat hajat mohon keberkatan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, pagi tadi, telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Izin Ilmu bagi para pelajar Tahun 8 dan 11 yang akan menduduki Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) dan GCE ‘O’ Level.

Lebih 400 orang pelajar, guru-guru, ibu bapa dan penjaga telah menghadiri majlis yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah itu.

Majlis seumpama ini bertujuan untuk memohon keberkatan dan pertolongan Allah SWT agar para pelajar dipermudahkan dan dilapangkan hati ketika menduduki peperiksaan nanti, disamping ia juga dapat mengertakan tali silaturahim antara pelajar dan guru-guru.

Atur cara majlis dimulakan dengan solat sunat Dhoha dan Hajat, kemudian disusuli dengan bacaan doa peperiksaan dan Surah Yasin beramai-ramai.

Para pelajar perempuan yang menghadiri majlis pagi tadi.
Para pelajar perempuan yang menghadiri majlis pagi tadi.