Solat hajat untuk jemaah Haji

Solat hajat untuk jemaah Haji

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) amat mengambil berat kebajikan anggotanya terutama kepada mereka yang menunaikan Fardu Haji di Tanah Suci Mekah tahun ini.

Untuk itu, PDB telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat berjemaah, membaca Surah Yasin serta Doa Sempena Wukuf di Padang Arafah bagi bakal-bakal Haji pasukan PDB.

Majlis seumpama ini bertujuan untuk mendoakan agar bakal-bakal Haji pasukan PDB memperolehi Haji yang Mabrur.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Mohd Shah Al-Islam.

Turut hadir ialah para pegawai dan anggota Pangkat Rendah pasukan PDB.

Majlis bermula dengan Solat Sunat Hajat berjemaah yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

Majlis diteruskan dengan membaca Surah Yasin dan Doa Selamat khusus kepada jemaah Haji yang kemudian diteruskan dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan bersama, diikuti Solat Fardu Asar berjemaah sebelum majlis berakhir.

ARTIKEL YANG SAMA