Solat Sunat Kusuf 9 Mac

Solat Sunat Kusuf 9 Mac

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Dengan kejadian gerhana matahari separa yang akan berlaku di negara ini pada pagi 29 Jamadilawal 1437H bersamaan 9 Mac 2016M, solat Sunat Kusuf akan diadakan secara berjemaah di masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara pada hari tersebut jam 8:30 pagi dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), dalam kenyataannya, mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama hadir ke masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara khasnya di masjid tumpuan utama bagi menunaikan solat Sunat Kusuf.

Solat ini merupakan sunat muakkadah (sembahyang sunat yang dituntut) yang dikerjakan bilamana terjadinya fenomena gerhana matahari atau bulan.

ARTIKEL YANG SAMA