Solat Sunat mohon keberkatan

Solat Sunat mohon keberkatan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 1 Okt – Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA), Kuala Belait, hari ini, telah mengadakan Solat Sunat Dhuha dan Sunat Hajat beramai-ramai untuk 271 orang pelajarnya yang akan menduduki Peperiksaan Kemajuan Pelajar, BC GCE ‘O’ dan ‘A’ Level yang akan datang.

Majlis yang diadakan di dewan serba guna sekolah tersebut di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, telah dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin yang turut menyampaikan tazkirah di majlis itu.

Hadir di majlis itu ialah Pengetua SMSA, Hajah Murni binti Abdullah dan timbalan-timbalan pengetua, Awang Muhammad Shamry bin Haji Mohd Sani dan Awang Osman bin Rajap, guru-guru serta kakitangan sekolah. Objektif utama acara ini adalah untuk mendapatkan keberkatan dan pertolongan daripada Allah Subhanahu Wata’ala bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Sebahagian guru, kakitangan serta pelajar yang menghadiri solat sunat berkenaan yang diadakan di dewan sekolah tersebut.
Sebahagian guru, kakitangan serta pelajar yang menghadiri solat sunat berkenaan yang diadakan di dewan sekolah tersebut.

Selain itu, ia juga adalah untuk memastikan keseimbangan persediaan mental dan rohani dalam kalangan pelajar untuk peperiksaan yang akan datang.

Dengan mengadakan acara sebegini pelajar akan dapat merasa tenang dan yakin dalam menjawab sebarang kertas atau ujian peperiksaan dengan cemerlang nanti.

ARTIKEL YANG SAMA